Remaja & Tekanan Melampau Kearah Membunuh Diri - My view in Berita Harian
Remaja & Tekanan Melampau Kearah Membunuh Diri.
GOLONGAN remaja hari ini berdepan dengan pelbagai masalah . Satu kajian yang dilakukan terhadap lebih 200 remaja secara kelompok berfokus di beberapa sekolah di sekitar lembah kelang, bahagian Utara, Selatan dan Pantai Timur oleh Dr Haniza Rais dan rakan Pensyarah dari Institusi Pendidikan (INSTED) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapati remaja antara isu remaja membabitkan masalah berkaitan konflik kekeluargaan, persahabatan dan hubungan percintaan dan akademik. Hubungan dengan guru, ibubapa dan rakansebaya kerap menimbulkan tekanan ke atas remaja. 50.3% dari remaja dalam kajian ini merasa terganggu bila menghadapi masalah. hampir 50% dari mereka merasa tertekan dengan harapan tinggi (high expectation) dari ibubapa mereka. 61.1% dari mereka mengakui, mereka mudah terpengaruh dengan rakan rakan mereka.
Dr Haniza, yang juga Ahli Eksekutif Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA INTERNATIONAL), menekankan kepentingan masyarakat memahami fitrah remaja itu sendiri. Mereka seakan terperangkap di antara alam kanak kanak dan alam dewasa. Transisi ini memerlukan sokongan dari orang dewasa sekeliling mereka. Kerap kali mereka merasa tidak dipercayai. Kajian ini juga mendapati remaja (67%) tahu membezakan yang baik dari yang buruk. Remaja merasai orang dewasa tidak memahami kehendak dan keinginan mereka. Remaja sebenar dalam peringkat membentuk identiti diri. Dalam proses ini mereka merasa perlu pada kebebasan menentukan siapa diri mereka.
Beliau yang juga Kaunselor Berdaftar, berpendapat individu yang tidak dapat mengurus tekanan dengan baik dan tekanan yang berlarutan akan mendorong kearah kemurungan. Banyak kajian menunjukkan ada kaitan antara Kemurungan Kronik (Chronic Depression) dengan membunuh diri (suicidal ideation). Bila tertekan dengan masalah, remaja akan cuba mencari jalan keluar. Mengambil dadah atau pil hayal, merokok, minum arak di lihat sebagai alternative yang keluar dari situasi tersebut. Malah remaja tidak ragu ragu mencederakan diri mereka seperti mengelar pergelangan tangan, mengambil ubat berlebihan dan sebagainya. Apabila tanda tanda ini ada dilihat oleh guru, ibubapa atau kaunselor, maka tindakan berjaga jaga harus diambil dan tidak memandang ringan tingkah laku tersebut. Terutamanya bila remaja yang menyatakan keinginan untuk mencederakan diri dan ada perancangan untuk membunuh diri. Kekerapan mencuba (suicidal Attempts) juga merupakan tanda amaran awal (early warnings).
Menurut Dr. Haniza ramai golongan dewasa mengambil mudah luahan golongan remaja yang menyatakan hasrat untuk membunuh diri tanpa mengambil langkah untuk membantu mereka keluar daripada pemasalahan atau mendengar apa masalah yang dihadapi.
“Individu yang ada keinginan membunuh diri meluahkan rasa kecewa mereka secara tidak langsung seperti menyatakan bosan dengan hidup, tidak bererti hidup lagi dan perkataan mengambarkan pandangan negative terhadap kehidupan dan selalunya tidak akan menyatakan terus perkataan ingin membunuh diri. Sebab itu golongan dewasa, kaunselor dan rakan baik di kalangan remaja perlu mengambil berat dan mentafsir kata-kata rakan mereka yang berada dalam keadaan tertekan dan mengambil langkah pencegahan kerana mereka sudah mempunyai hasrat untuk membunuh diri. Golongan yang tertekan ini kebiasaannya menunjukkan perubahan diri yang ketara, murung, keputusan peperiksaan menurun secara tiba-tiba, menjadi pendiam, mengasingkan diri atau menjadi cepat melenting,” katanya.
Tambahnya, cara membunuh diri juga semakin banyak disebabkan pendedahan di dalam media dan pengaruh barat yang memaparkan pelbagai cara membunuh diri.
“Kalau dulu, di negara ini kebanyakan kes bunuh diri membabitkan mereka yang terjun dalam sungai dan cara ini kebanyakan di dengar tetapi kini cara menggelar tangan yang bermula di barat semakin menular di negara ini termasuk makan ubat secara berlebihan.

Hasil dapatan kajian ini mendapati golongan remaja menyatakan mereka ingin disayangi, mendambakan perhatian dan sokongan emosi orang dewasa khasnya ibubapa dan guru. Mereka mahu berdikari dan ingin bersama rakan sebaya melakuan aktiviti yang mereka gemari dan mengharapkan ibu bapa dan orang dewasa memahami kehendak mereka. “Golongan ini juga mengharapkan perhatian, mengimpikan keluarga yang bahagia tanpa konflik dan ingin diri mereka dihargai”
Dr Haniza turut memberi pendapat “Mungkin sebagai orang dewasa kita perlu mencari jalan bagaimana komunikasi dengan remaja boleh diperbaiki agar jurang perbezaan generasi tidak menjadi penghalang antara mereka. Dengan hubungan yang rapat dan dipercayai, remaja akan menemui kita untuk rujukan bila dalam keadaan luar kawalan. Mengenali remaja yang sangat menghargai rakan sebaya, mereka dan akan sentiasa mengadu cerita sesama mereka. Adakala cubaan membunuh diri diceritakan pada rakan tetapi rakan menanggap itu hanya perkara remeh. Penyataan dilaman social dipersenda kerana dianggap bahan gurauan. katanya ketika ditemui Berita Minggu baru-baru ini
Dr Haniza turut menyatakan, ada kala cubaan membunuh bukan lah satu yang dirancang. Krisis yang datang secara tiba tiba dan memeranjatkan boleh membuat remaja rasa bimbang, ketakutan dan tidak selesa. Apabila remaja melakukan kesalahan atau kesilapan, atau berhadapan dengan krisis tidak diduga, seorang kaunselor akan bersama menerokai emosi mereka. Seterusnya membantu mereka menghadapi kesan dan akibat dari perlakuan mereka atau krisis tersebut. Kaunselor akan cuba membantu mengingatkan mereka bagaimana kesan emosi ke atas mereka boleh mempengaruhi tindakan mereka agar mereka lebih bersedia. Remaja mesti diingatkan mereka ada pilihan dalam kehidupan walau dalam apa keadaan sekali pun.
Seperti orang dewasa, remaja perlu diberi kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan baik dalam apa keadaan sekalipun termasuklah dalam keadaan krisis. Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA INTERNATIONAL) telah melaksanakan inisiatif membantu kes yang memerlukan intervensi krisis yang memerlukan tindakan segera melalui pasukan bantuan atau Crisis Response Team (CRT) melalui unit PERKAMA CARE yang sedia membantu mereka yang memerlukan,” katanya. Individu yang memerlukan bantuan boleh menghubungi terus perkamacare@gmail.com.
tamat
Haniza Rais - IIUM/PERKAMA INTERNATIONAL
The NSTP Group is part of the Media Prima portfolio of companies and is the nation's longest running and largest newspaper publishing company, reaching five million Malaysians daily. While our heritage keeps us rooted, our current transformation programme is designed to take partnership with all our stakeholders to new heights.
This email and any attachments herein are confidential and intended solely for the use of the addressee. The NSTP Group of Companies gives no warranty as to the entirety, accuracy, or security of this email nor guarantees that it is virus free.

Comments